Monday, September 28, 2009

tak seronok lah.



feeling insecure,
i hate it.

u smells like candy, and awww~ i love it.

semua ni dah x seronok sekarang.
saya tahu lah awak tu tahu macam2,
tapi tak perlu lah nk show-off sangat kut~

ye, saya tahu.

awak komen lah ape-ape pun ye.
*tanda hormat kepada orang yang lebih tua*

Tuesday, August 11, 2009

tiada emosi.

setiap orang mesti ade kisah silam masing2.
aku rasa disebabkan dunia ni bulat dan ianya terus berputar pada paksi,
maka kisah silam setiap orang itu mungkin, mungkin akan kita tempuhi.

ok lah, contoh nye.
paling simple and semua orang mesti penah alami dan hadapi bende ni,
bercinta.

mustahil lah setiap org penah becinta sekali je seumur hidup dgn orang yang sama.
kan?
paling kurang 2-3kali.
so dari situ mesti lah ade istilah ex-gf or ex-bf kn?
then after a while lepas broke-up tu,
jumpa orang baru.

it is normal.

orang baru itu mesti akan tanya,
"hey yu, gf yu dulu cantik x?"
"die mcm mana eh orangnya?"
and macam2 lagi.

lepas dah lama becinta pula dengan orang yang baru itu,
kemungkinan besar si ex-gf or si ex-bf nya akan muncul kembali.

jadi pada si orang baru itu,
rasa tidak selamat dan yang paling ketara sekali,
rasa cemburu,
mesti akan wujud.

jadi soalan aku,
jealousy.. is it normal and ok to be with?

*Maaflah, sbb bende tu bg saya normal je, expecially untuk org perempuan. Jadi maaflah kalau itu merimaskan awak. Maaflah, maaf.

Entri ni tade motif pun. Lapar lah, mau makan~

Thursday, July 30, 2009

maaf ye encik.

mungkin saya asik push2 awak.
nak jumpe lah, nak itu lah, nak ini lah.
banyak kerenah pulak
maaf ye.

tapi nak jumpe sape lagi kalau bkn awak.
saya nak gelak mcm org gila dengan awak.
kalau dgn kawan2,
gelak tapi x puas.
takpela,
gelak sorang2 pun ok jugak.

cuih,
sebijik mcm org gila.

final year project and industrial training placement sucks~!
boooooo.
saya nak masuk sekolah rendah balik lah ,
lagi seronok.

bule?

*tah hape2 la aku merepek ni

maaf ye.

serabut, serabut lah.

ntah apesal.
sem. ni kpale sakit gile wo.

sape2 free jum karok sabtu ni jum
nk buang tensi

haha.

*busan

Friday, July 17, 2009

selamat datang final year~!

hehe.
yezza, isnin ni semester baru akan start.
i'm in my final year yeay!
:)

hum.
sebenarnye agak excited + seronok nk start sem. ni.
tapi..
memikirkan subjek yg lebih killer (for sure) terpaksa blaja sem. ni,
jadi takut plak.
hahahaha~
*tibe2 ngeri sendiri*

btw, all the best for me myself and i.
mintak2 sem. ni pointer lg best dr pointer sem. lpas.
amin..
ngeh2.
yeeehaaaa!~
give me more books ya'll~
;)

Monday, June 29, 2009

sayam, belikan i phone baru boleh? hehe.

nokia 6630 semakin lama semakin nazak.
mula2 casing tepatah, so tak leh tutup dengan btol,
asik la tercabut.
lepas tu, bateri pulak buat hal.
walaupun telah di-cas cukup selama 8jam,
then guna selama 30minit,
tup! padam.
humm..
susah la kalau travelling jauh2~
so...

bleh tak sape2 yg baik hati,
belikan lah i phone baru.
hehe~
i tak memilih,
belikan i salah satu daripada yang i pilih ni je~
lalalalalala.


1) Nokia 5800 Express Music




2) Sony Ericsson C905





3) Sony Ericsson W980i




Thursday, June 25, 2009

dgr jelah ye.

cuti sem yg paling bosan bagi aku.
ok, at least cuti sem kali ni aku ada buat something gakla.
that is..

part time job~

haha.
keje kt kdai kek.
sumpah aku x paham ape yang aku buat kat sana n mcm mana aku boleh tepikir nk keje sana.
haihhh~
satu tindakan yang sangat bodoh penah aku buat.
keje mcm *tuuut**tuuut*....

dahla aku ni bukan tgn yg slalu buat kek, or any sort of bakery thingy~
bengong.
dapat lak sorg minah yang kunun da senior keje kt sana.
poyo nk mampus!~

"keje kedai kek ni kene ada seni sikit dik, tak boleh main redah je...."
"ishhh, salah la buat mcm ni!"
"eh, boleh cepattt sikit x??"
"ape masalah nye ni?? ape masalah??"

*puffff! wth?!

so akhirnya aku pun benti setelah keje 2minggu je kt sana.
hahahahha.

taknak aku keje dengan pompuan saiko tu..
ee, x rela makkk~

die chef mmg la terer bende2 ni semua..
ok maybe tak la terer sgt,
but still~
kau ade belaja basic bende2 ni kan???
daa~
bodoh la lu.


*berlalu dengan perasaan marah

bye...

Sunday, June 7, 2009

new boyfriend~!

officially introducing my,


new boyfriend!


taraa~




isn't he looks so adorable n cute?
ouh sheeze, rindu lah ini budak ensem!
hehe~
:)

*gamba ni di ambil di tengah2 pasar malam, so org keliling tgk mcm tgk alien. but who cares, i tau bf i ni hensem~ hihi!

kerteh's trip ya'll~

Hokeh,

disebabkan macam malas nk cite bnyk psl trip to kerteh before sem.'s break aritu,
so buh gamba jela.
hehe~
:)



Day 1,












Day 2,3 n 4 aku sambung nanti la yeh?
hehehe!

*tidak berada dalam mood untuk ber-blogging*

daaa~
:)

to be continue......




























Saturday, June 6, 2009

syukur alhamdulillah ya tuhan~

yesh!
result sem.4 sudah keluar.
and sayep sgt bersyukur kerana killer paper yg dijangka fail,
TERSELAMAT!
haha.

maaf, sayep sgt eksaited.
syukur, syukur sgt2 kerana gpa sem. ni pun naik.
tp target still x achieve lg.

sem.5 maybe~
give me more books ya'll~
hehe,
daa~
:)

*berlalu sambil tersengih2 mcm org gila*

Thursday, May 14, 2009

terrible trip to kerteh~

fuh~
just came back from visitting petronas integrated complex in kerteh, terengganu.

so darn tired hokeh?
n the trip was not fun at all.
duh, menyesal aku ikut.

okeh, actually it is not that bad.
at least i can see the so-called "beautiful" scenery of petronas complex at nite.
best duh!~
:)

um too lazy to update the pictures.
maybe later okeh.
daa~



*gamba tiada kene mengene dgn entri ini~

Tuesday, April 28, 2009

tawakal saja lah.

omg.
final examination is killing me~
baru 2paper,
tapi dah rasa sebal.
adoih..

taktau la macam mana pointer nanti.
semester ni dah cuba buat yang terbaik nak score,
tapi entahlah.

*dear my almighty god, may your bless will always be with me.

Sunday, April 26, 2009

Berbeza.

si perempuan merajuk,
si lelaki diam.
padanya mungkin si perempuan akan jadi lebih jadi sejuk.
tapi,
bukankah lumrah si perempuan akan lebih suka kalau dia dipujuk?
kerana, pada fikiran si perempuan kalau si lelaki diam,
mungkin dia sudah tidak sayang,
sudah tidak kisah.
bukan mengada-ada,
tetapi memang itu lumrahnya.

si perempuan mahu berjumpa lama,
si lelaki tidak.
kerana dia merasakan si perempuan itu mahu lebihkan masa pada pelajarannya.
kalau lah dia tahu,
si perempuan itu sanggup kurangkan masa belajarnya,
demi hanya mempunyai masa bersama yang lebih dengan si lelaki itu.
kerana bukankah si perempuan nafsunya 9, akalnya 1?
yang difikirkan perempuan itu adalah mahu bersama dengan si lelaki itu lebih lama,
dan bukannya peperiksaan yang lebih penting demi masa depannya.
jadi janganlah dimarah si perempuan yang akalnya 1 itu.
tidak adil bukan?
kerana kamu yang si lelaki akalnya 9, berbeza dengan si perempuan itu.

kalaulah kamu tahu,
betapa semua ini mampu membuatkan si perempuan itu calar hatinya pabila dituduh tidak mengerti, hanya tahu merajuk, marah dan segala macam kata.
:(

*saya mintak maaf awak, saya hanya pentingkan diri sendiri, ye saya tahu..

Sunday, April 19, 2009

kamu jauh.
saya mahu kamu dekat.

tapi saya tahu tak mungkin dapat,
takpelah.

saya tunggu lagi.

*rasa lain macam je malam ni..

penat nak berlagak kuat.

kadang2 rasa susah nak sabar.
penat sebenarnya jauh mcmni..
sebab saya bukannya kuat,
terpaksa berlagak kuat selama ni..

maaflah,
agak emosi sikit.
sebabnya,
tadi saya cuba untuk mengadu tentang sesak dalam hati,
tapi hanya di anggap biasa saja oleh si dia..
padahal mata dah rabak.

haih,
takpelah.
saya cuba untuk tidur.

selamat malam bulan bintang~

Saturday, April 18, 2009

bukan itu yg penting bg saya.

duit,
harta,
mahupun,
barang2 mewah.
itu x penting pun dalam hidup saya.

sebabnya,
yg saya pernah rasa..

duit boleh buat keluarga tunggang-langgang,
duit boleh buat seorang anak terpisah dengan ayah nya berkali2 dalam hidup,
duit boleh buat seorang ibu itu berkata dengan bahasa yang kesat kepada anaknya,
duit juga boleh buat pasangan yang bahagia jadi calar-balar cintanya.

btol, semua ni dari pengalaman hidup saya sendiri.
duit ni memang bahaya.

tapi,
walaupun duit ini bahaya,
kita perlukan duit.
untuk hidup.
maksud yang saya cuba katakan disini,
jika kita ada duit yang lebih dari yang sepatutnya,
beringat2 lah.

jangan takbur,
jangan riak dengan lebihan rezeki yang tuhan beri itu,
bersyukurlah.
tuhan boleh tarik rezeki kamu itu dalam sekelip mata sahaja,
kerana kamu hanya meminjam dari tuhan mu itu.

*p/s- awak jangan risau ye sayang? rezeki dari tuhan itu ada dimana2. cuma tuhan mahu uji sekejap saja. :) nanti2 tuhan pinjamkan juga rezeki itu untuk kamu. insyallah :)


Sunday, April 5, 2009

baru2.


hehe,
entri kali ini adalah untuk saja mengada.
:)

Thursday, April 2, 2009

sangat2 penat.

haih.
semester ni mmg penat.
sangat2~

agak tekanan dan tertekan.
minggu depan saya ade 5 test, 4 lab report to be submitted, and 3 assignments.
omg,
now tell me.
how am i suppose to handle my stress wisely?

i need some break,
please.

Thursday, March 19, 2009

utk kazen aku yg best~

cik jijah, ai harap yu bace ye.
ni ai tulis khas untuk yu tau?
hihi.

dari kecik sampai ke besa, aku paling rapat dengan sorang kazen aku ni.
sorang je, nama die cik faezah.
beza umur kitorang tak jauh sangat, 2tahun je.
tu kot kitorang rapat
aritu dia baru amik result spm,
and i would like to say,
"do not be frustated, it's only a beginning. try your best for your next path in your life, paham?"
hihi
:)

lek ar, blaja mana2 pun sama je.
result tu xde apa pun.
bukannye terus x dapat nak sambung blaja kan?
so, chill.
:)

k lah,
to cik jijah,
gewdluck my beloved cuzzy!
anything,
jgn kerek2 nk roger aku k?
hihihiii.
tadaa~
:)

pengorbanan. tak salah kan kalau sekali-sekala kita buat?

sacrifice.

kadang2 dalam hidup kite perlu sacrifice sekali-sekala,
even bende tu bukan sesuatu yang senang.
perlu.

hari ni baru saya faham dan rasa sangat senang dengan pengorbanan yang selama ni terpaksa saya buat walaupun ianya sangat menyakitkan.
saya puas!
:)

Tuesday, March 10, 2009

tiada tajuk.

hai~

saja nk merepek, kerana saya amat lah boring n mengantuk malam ni.
perut plak lapar.
teringin nak makan pizza hut.

tp kene boikot pula,
haih.
kene la tahan.
:)

Oh?
teringin nak makan ciken rais sop pula.
sedap nya assam curry fish.
popia lg,
fuhh~

i'm looking forward for april,
cuz i'm gonna meet my sayang,
*wink2*
hee, can't wait!
:)

i lebiu u encik awak
:)

Thursday, February 26, 2009

cuti2.

starting tomorrow till 9th march,
i'll be on my holiday.

mid term holiday.
should i say "hooray!", or should i say "uh.."?

because,

holiday it is not something that very much interesting to me.
staying at home,
do nothing,
isn't it awful?

aishh.

*cpat la abis cuti.. (padahal x start pun lg)*

Tuesday, February 24, 2009

saya penat.

Campus life is indeed so interesting,
but most of the time it will be so tiring.

Saya penat.
*assignment, test n lab. In a 1 whole day, camne tu?*
Haih.
B, mane kamu.
Saya perlu bau kamu.
;(

Saturday, February 14, 2009

Memori yang paling manis dalam hidup saya.

Hai~
Hehe, tiba2 teringat plak cerita masa form3 dulu.
Dimana saya mula2 kenal dengan encik awak kesayangan saya tu.
:)

Masa tu saya bersekolah di kuala lumpur, tapi tinggal di asrama.
Disebabkan di asrama tak dibenarkan bawak henset,
so cara utama nak berhubung ialah melalui public phone.
Hehe, memang time tu public phone port saya.
Tiap2 petang saya akan telifon mama dan adik saya.
Tak lupa jugak, kawan yang saya rapat ketika itu (rapat ke? bole la),
mimin selebet.
Haha, kidding.

So saya akan telifon kawan saya tu time petang2.
Then 1 day, kawan saya bagitau kat saya,
"weh, ade kawan aku nak kenal dengan ko".
Saya yang sedia paham perangai dia yang sangat suka mengenakan orang, dengan selamba menjawab,
"ah, bla la ko. nak kenekan aku la tu",
die dengan bersungguh2 cuba untuk meyakinkan jugak saya ketika itu,
"la, aku tak tipu la. cpat la. dia nak knal ni. tolong la aku weh, tolong la miskol nombor dia ni."
Walaupun pada masa itu saya berasa sangat pelik kenapa dia beriya2 nak saya miskol kawan dia tu,
tapi saya tah mengapa, saya terus bersetuju tanpa memikirkan apa2 akibatnya.
"yelah2, ish. bak nombor dia."
Lalu dengan pantas dia bagi,
"hehe, ha macam tu lah. ni no dia 016-*******)

Selepas itu saya terus menelefon kawan dia tu.
Tapi tidak ada sesiapa yang menjawab.
Jadi saya pun mencuba sekali lagi pada waktu malam,
dan akhirnya ada yang menjawab.
"er, helo. ni polis ke? saya atiqa, kawan mimin. dia kata awak nak kenal?"
"owh, haah ni saya. nak kenal? mana ada, saya suruh kirim salam je kat awek2 k.l"
Pada masa ini, dapat tak awak bayangkan bertapa malunya saya kerana tergedik2 menelefon kawan mimin selebet itu?
"er. oh yeke. takpelah, sebab mimin yang suruh saya telefon awak."
Dan kawan mimin selebet itu pun berkata,
"oh, takpelah. tak kisah pun"

Sejak dari malam itu, kami mula berbalas2 sms,
dan asyik miskol2 satu sama lain.
Setiap hari.
Mungkin masing2 dah mula suka satu sama lain kut?
Mungkin.
Hehe :)

Dan simptom bermiskol2 satu sama lain itu berlarutan lebih berminggu2 lamanya sebelum 1 soalan 'cepumas' mula ditanyakan oleh kawan mimin selebet itu.
Saya yang pada mulanya menolak tawaran soalan 'cepumas' itu, akhirnya menerima kerana berfikir tidak ada salahnya untuk mencuba.
Hehe, gatal :)

Jadi kami mula berpasangan sebelum pernah jumpa,
tidak walaupun sekali.
Dan lebih kurang sebulan selepas itu, kami membuat keputusan untuk berjumpa. :)
Saya berasa sangat gabra kerana ini merupakan pertama kali kami akan berjumpa.
Dan saya adalah seorang yang sangat2 jarang berjumpa atau lebih tepat, berdating dengan mana2 bekas kekasih saya sebelum ini.
Jadi saya merasakan ini sesuatu yang sangat baru.

Sehari sebelum hari kami berjanji untuk jumpa,
saya tak boleh tidur malam.
Hehe, betul.
Saya tak boleh tidur kerana memikirkan apa yang patut saya pakai untuk date keesokkan hari, cara bagaimana harus saya bawa diri, dan macam2 lagi.
Dan oh ya, untuk 1st date saya ketika ini, saya mengajak sepupu saya untuk menemani saya kerana saya sangat takut.
Hehe, nasib lah sepupu kesayangan saya tu nak teman.
:)

Jadi pada 18disember2004,
saya pun pergi ke k.l untuk 1st date saya.
Saya pergi ke stesen bas Puduraya untuk berjumpa dengan kawan si mimin selebet tu.
1st time saya melihat orangnya, saya sangat takut.
Takut sehingga saya rasa seperti nak cabut lari balik rumah.
Hehe, tapi saya taklah sekejam itu.
Jadi saya pun memberanikan diri,
menghampiri si encik itu,
dan mula menegur dengan sopan,
"hai, ni elly yeh? saya atiqa."
Dan dia membalas sambil tersenyum,
"hai, a'ah saya elly."

Selepas itu kami pun bergerak ke Times Square.
Dan ketika itu, saya yang pada masa itu sangatlah kurang pengetahuan menaiki pengangkutan awam di k.l,
dengan bijak bestari,
telah mengajak si encik itu berjalan kaki pergi ke sana.
Haha! Kesian si encik itu, 1st date pun saya dah terbuli dia (tak sengaja ok??).
:)

Setibanya di situ,
kami terus pergi berjalan2.
Si encik itu pula berkata bahawa kawan dia akan datang untuk berjumpa dengannya,
beerti kawan nya akan join sekali kami ketika itu.
Selepas kawannya tiba (encik boi),
kami pun pergi makan2.
Selepas selesai makan,
kami berjalan2 sebentar,
kemudian mula untuk balik ke rumah.
Terasa sekejap saja kami berjumpa.
Haihh.
:)

Semasa saya hendak balik tu,
saya mencium tangan si encik itu.
Tah kenapa, saya berasa sangat seronok dan bahagia,
mungkin kerana mencium tangan seseorang itu membuat kita rasa hormat dan kasih kepada seseorang itu,
bukan?
Hehe,
dan selepas itu saya pun terus menaiki tren sambil melihat si encik itu pergi bersama kawannya.

Alhamdullilah, sehingga hari ini saya masih bersama dengan si encik sorang tu.
Saya rasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan si encik itu,
kerana dia sangat memahami saya.
Dan yang paling penting,
dia adalah seorang yang sangat penyabar orangnya.
Haih la awak,
saya beruntung dapat awak tau?
I lebiu b!
:)


ni lah gamba masa 1st date tu, hehe. :)

Sabtu yang sangat2 membosankan.

Hei2.

Ape aktiviti awak hari ni?
Saya takde aktiviti.

Bangun tido, makan maggi, layan movies,
kemudian,
TIDO.

Tido, tido, tido dan tido.
Sehinggalah jam 6petang baru saya bangun.
Mengumpat dengan roomate saya,
kemudian mandi,
bersiap,
dan menuju ke pasar malam Alor Gajah.

Nyam2~
Saya sangat lapar sebab tadi cuma makan maggi.

Sampai di pasar malam,
membeli makanan mengikut nafsu,
kemudian balik semula ke hostel,
makan makan dan makan,
selepas tu tengok cerita hantu kat tv3 (tak takot langsung, in fact kepala saya pening tengok cerita tu),
abis,
naik ke bilik,
dan mula online.

Bosan kan hari ni?
Haih.
Assignment banyak, homework berlambak, test jumaat depan,
tapi saya rasa takde mood nak buat tu semua.
Ah takpe, esok lah baru buat.
Hehe,
harap2 saya tak lupa (atau buat2 lupa).

Ok lah, saya nak ber-messaging dengan encik awak saya sampai terlelap.
Hehe,
papai.
Nite2~
:)

Friday, February 13, 2009

entri bergambar.

Ini kat pesta tanglung2 tu,
cantik sangat tau. (kamera henset saya yang buat jadi x cantik sangat :(

naga



beca



melaka historical museum



kota a' famosa



gajah, gajahhh~


hoyeaahh! :)

aktiviti yang sangat berfaedah pada hari hujung minggu yang lepas (Part 3).

*continue from part 2...

Kami bertolak dari rumah cik fara menuju semula ke Melaka pada pagi Ahad itu.
Lebih kurang pukul 8.45pagi, dan tiba pada pukul 10pagi.
Kami agak rushing sebenarnya apabila bertolak pada pagi itu,
kerana saya sudah berjanji untuk menjemput kawan saya di hostel pada pukul 11pagi.
Tak sangka awal pula kami tiba,
dan yang paling bestnya,
kawan saya cakap tak jadi untuk ikut pula.
Haih,
saya penat rushing tahu?
Tapi takpa, sebab saya ke hostel pun untuk bersiap2.

Jadi selepas itu,
kami pun terus menuju ke tempat makan untuk makan tengahari (walaupun jam baru menunjukkan pukul 11lbih).
Kami menuju je Ayer Keroh,
dan encik awak saya mencadangkan supaya kami makan di Taman Mini Asean,
jadi saya pun bersetuju dan terus bergerak ke situ.
Bila singgah di Melaka, Asam pedas Melaka sudah semestinya menjadi lauk utama bukan?
Jadi saya pun mencadangkan lah lauk itu kepada encik awak saya.
Memang sedap asam pedas di kedai makcik itu.
Setelah selesai makan, kami yang agak keletihan berjalan sehari suntuk semalaman,
berasa lebih baik untuk hanya melepak di tasik berhampiran dengan Zoo Melaka.
Jadi kami melepak disitu sehingga bosan.
Kemudian menuju ke MBO Melaka (berhadapan dengan Jusco Ayer Keroh) untuk,
karaoke~
Auwwshumm.
Hehe, dapat dengar suara sedap encik awak kesayangan saya tu lagi.
Yepiyepiyayaa~
:)

Setelah itu, kami menuju ke Jusco pula,
sekadar berjalan2.

Oh ya, disebabkan Melaka ini kecil sahaja negerinya,
kami sering menghadapi masalah memikirkan ke mana lagi hendak di tuju untuk bersiar2.
Hehe,
time ni juga lah kami akan bermasam muka selama beberapa minit (saya lah yang selalu macam tu, hehe :)).
Kesian encik awak kesayangan saya itu,
nasib lah dia seorang yang sangat penyabar.
ai lap yu lah b~
:)

Jadi kami membuat keputusan pergi semula ke tasik untuk melepak2 dan menikmati angin tasik yang seronok untuk dirasai pada lewat petang2 begini.
Hehe,
terutamanya abang kacak yang pakai baju zero tu.
Sedang melepak2 tu,
dia tengok ada sepasang suami isteri sedang berkelah,
dimana si isteri sedang berjaga seorang diri,
dan si suami sedang sedap tidur.
Dan encik awak saya tu dengan pantas berkata,
"sayang, nanti kahwin b nak macam tu lah. Sayang kene jaga b tidur tau, tengok2 kalau ada nyamuk ke, kerengga ke jalan2 kat b." (muka tersengih2 mengharap perkataan 'ya' dari saya)
Jadi saya dengan muka pelik menjawab,
"ah, taknak. Ada pulak ajak pergi berkelah, tapi sedap tidur. Tolak b masuk tasik baru tau. Nanti kalau ada kerengga ke, owg biar je dia geget b, hehe." (sambil membuat muka annoying)
Encik awak saya senyum je.
Hehe.
:)

Selepas itu sebelum maghrib kami pun bertolak.
Menuju ke Alor Gajah untuk makan malam (sebab si dia akan tunggu bas di stesen bas alor gajah).
Kami makan2 di Hanif's Corner,
chocolate ice blended die auwwsuum~
Hehe :)
Lebih kurang pukul 9lbih,
kami bergerak ke stesen bas.
Kemudian saya sempat menulis kad harijadi untuk encik awak saya tu.
Hehe, instant punya wishes.
Kemudian setelah hampir pukul 10.25mlm,
saya pun meninggalkan stesen bas (sebab limit masuk hostel hanya sampai pukul 11mlm),
bas encik awak saya itu pun akan tiba pada pukul 10.45mlm,
jadi tak lah lama sangat ia tunggu di situ sorang2 (berat sangat nak tinggalkan dia, sorang2 pulak tu).
Saya sampai di hostel pada pukul 10.40mlm, dan menelefon encik awak saya tu,
dia sudah pun menaiki bas (lega hati sikit).

Saya mandi2 kemudian terus tertidur tanpa sedarkan diri.
Hehe,
penat sangat.
Esoknya kelas mula pukul 8pagi pulak tu.

So itu lah cerita yang saya dapat kongsikan pasal hari minggu yang lepas.
Sangat seronok!
Sayang, i lebiu sangat.
Hepy besday budak comot~
Hehe, sayang dia.
:)

Thursday, February 12, 2009

aktiviti yang sangat berfaedah pada hari hujung minggu yang lepas (Part 2).

*continue from part 1...

Lepas itu kami pun segera bertolak ke bandaraya Melaka.
Sampai Mahkota Parade, pusing2 lepak2.
Then pergi makan di McD.
Lama tak makan disitu, nak2 pula ada Prosperity Burger,
auuwshum~
hehe.

Lepas dah makan, kami pergi ke seberang jalan pula iaitu ke Dataran Pahlawan.
Jalan2 pusing2, then pergi karaoke.
Nyam2~
Seronok karaoke dengan encik awak saya,
sebab suara dia sedap.
Siyesli.
Hehe :)

Lpas karaoke, kami lepak minum di foodcourt di luar Dataran Pahlawan,
yang berhadapan dengan Kota A' Famosa tu.
Kemudian, setelah puas memujuk encik awak saya tu berjalan kaki ke Bangunan Merah dan Stadium Samudera,
kami pada mulanya bercadang nak cuba menaiki Melaka River Cruise.
Tetapi akibat bau sungai Melaka yang saya amatlah tidak tertahan baunya (muka saya biru2 tau tahan nak termuntah),
maka encik awak saya yang bertimbang rasa tu pon mencadangkan supaya membatalkan saja hasrat kami itu ( i sayang u lah sayang~ :)).
next time ok sayang? i promise i tutup hidung masa nak naik bot tu nanti,
hehe :)

Jadi kami pun berjalan2 lah ke pinggir persiaran Melaka river cruise itu,
kerana pada masa ini terdapat satu pesta tanglung di adakan.
Cantik sungguh tanglung2 di situ.
Tanglung2 di situ direka berdasarkan senibina2 yang terdapat di Melaka.
Sayang nya saya terlupa untuk membawa kamera,
maka yang ada hanya lah kamera handphone saya yang 1.3megapiksel itu sahaja.
Such a waste~
:(

Jadi kami cuba lah mengambil beberapa gamba yang mampu menggunakan kamera handphone saya itu.
Setelah puas bergambar disitu,
kami pun mula bergerak untuk mencari tempat makan malam pula
Kami mengambil keputusan untuk makan malam di Port Dickson,
sebab nak makan dekat tepi laut.
Setelah kenyang makan makanan yang lazat2 (kire ok la tu),
encik awak saya tu buat majik pula.
Die mengajak saya pergi ke rumah kawan nya di...
Bukit Jalil!
Majik bukan?
Daripada Melaka, pergi ke Port Dickson, hendak ke bukit jalil.
Tetapi disebabkan sayang dan tak sanggup tengok muka comel dia tu,
maka saya pun kata,
"orite, jum."

Jadi kami terus mencari bank untuk cucuk duit,
memandangkan kami hanya ada cukup2 sahaja untuk malam itu.
Namun setelah puas mencari,
bank2 yang ada kebanyakan nya telah tutup (limit sampai pukul 12pm sahaja bukan?),
maka kami pun gamble je pergi pada malam itu.
Alhamdulillah,
tanpa ada sebarang masalah,
kami selamat tiba di rumah kawan encik awak saya (cik fara nye rumah) di bukit jalil.
Saya mandi2 dan terus tidur,
walaupun ada banyak gangguan sewaktu saya mahu tidur pada malam itu (sounds creepy kan?).
hehe.
:)

*to be continue part 3...

aktiviti yang sangat berfaedah pada hari hujung minggu yang lepas.

weekend lepas paling best date dengan encik awak saya.
sebab apa?
ada lah.
hehe.

hari isnin tu besday dia,
so sabtu dan ahad tu kami date kat melaka (mana lagi nak pegi).

sabtu pagi (pagi tak pagi jugak la),
saya terus pegi melaka sentral nak jemput cinta hati saya.
tapi disebabkan saya sampai awal, maka saya tunggu la di luar,
(orang selalu duduk tunggu kat dalam).
tunggu agak lama jugak la (menjeling kt abang hensem pakai baju zero tu),
so dalam menunggu tu, ade la pakcik ni (should i call him pakcik or abang? iyek, pakcik suits him better i think) tiba2 duduk sebelah saya.
sibuk menanya itu ini.
"tunggu siapa dik?"
"orang lah." (dalam nada yang agak kerek, sebab aku tak suka bersembang dengan orang yang aku tak kenal)
"siapa? boifren ke?"
"haah, boifren."
"yeke boifren?" (dalam nada yang annoying gila)
"yelah, apesal lak?" (sambil menjeling)
dan orang tu sibuk menanya itu ini, tapi saya buat bodoh, and dia bosan lalu pergi.
haha, padan muka.
penyibuk.
(padahal dalam hati dah macam nak menangis sebab takut di hampiri orang asing)

terus telefon cinta hati saya.
"b, kt mana? cepatlah datang. owg takut nih. ada orang kacau2."
"hehe, ye. dah nak sampai ni."
(bergurau apa? saya tengah takut ni tahu?)
kemudian tak sampai beberapa minit, cinta hati saya pun sampai sambil tersenyum2.
hilang terus rasa takut dan penat kerana menunggu.
hehe :)

*to be continue part 2...

kesayangan saya.



ini lah kesayangan saya.
percaya tak kalau saya cakap,
saya yang ngorat dia 4tahun lepas yang dulu?
hehe.
btol, percaya lah.
um, mungkin
sebab saya memang gatal kut?
haha.
lantak lah, sebab saya rasa memang tak rugi saya yang ngorat dia,
buktinya, sampai hari ini saya sayangkan dia.
dan insyallah sampai bila2.

:)

*sekali-sekala jadi gatal merenyam takpe, tapi jangan lah sampai menakutkan orang pulak.
;)

Ini beshties yang saya ada.

Hehe.
Sapa tade beshties?
Rugi lah, sebab beshties ni besh.
:)

Ni antara besties yang saya sayang,
dari dulu hingga sekarang.

Zaman rebel,


wina and thira.


azah.


Zaman universiti,



Ija n faraheen.

Sayang korang semua!
K.A.P.A.L K.A.W.A.N

:)

penguat semangat saya hari2.

Semua orang mesti ada penguat semangat masing2 bukan?
Saya pun ada.
Heee,
ni lah penguat semangat saya.




Encik awak kesayangan saya.
Sayam, saya sayang awak sangat lah~
:)

Ibu.

Ibu,
seorang yang mulia hatinya.
Walaupun pada hakikatnya aku tidak berapa rapat dengan ibuku.

Mungkin pada tanggapan aku,
die seorang yang keras dan kasar nada nya bila berbahasa.
Mungkin,
mungkin juga kerana aku merasa bahwasa aku seorang anak yang tidak berapa digemarinya.

Orang selalu berkata,
"eh, yu anak tunggal perempuan dalam famili kan? mesti manja.ibu mesti selalu layan kamu dengan penuh kasih sayang. kan?"
Ingin aku betulkan disini.
Itu salah dan tidak benar sama sekali.

Aku jarang dimanjakan, jauh sekali di beri kasih sayang sepanjang masa.
Mungkin kerana aku seorang yang lebih senang bersendiri, lebih senang memendam perasaan yang sesak untuk aku sendiri.
Tanpa perlu menghebah2 kan pada adik beradik, kawan2 dan lebih2 lagi pada ibu aku.

Atau mungkin ibu aku yang tidak pernah mengambil inisiatif untuk menunjukkan bahwasanya dia mengambil berat mengenai diri aku?
Itu Tuhan yang Maha Mengetahui.

Aku bersyukur walaubagaimanapun.
Kerana aku bukannya seorang yang mudah berkecil hati dengan sikap ibuku.
Melainkan pada masa2 yang tertentu,
seperti abangku selalu dilebih2kan dengan terang2-an.
Mungkin itu aku akan terasa dan berkecil hati sedikit.
Kerana aku juga manusia biasa, bukan?
:)

Tetapi jikalau bukan kerana ibuku yang satu itu,
mungkin kami adik beradik sudah hidup merempat.
Kerana ibuku lah yang bertindak sebagai ibu dan juga bapa kami 4beradik.
Oleh itu,
aku lebih senang mengambil tindakan,
melupakan apa yang kurang enak untuk aku ingatkan mengenai ibuku,
dan selalu kenang2 kan jasa nya yang selama ini yang tak termampu untuk aku balaskan.
Dari sejak aku menumpang didalam rahimnya,
sehinggalah saat dia bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia,
dan bersusah payah membela aku selama 20tahun sehingga ke hari ini.

Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu.
:)

Monday, February 9, 2009

you.


awak.
sehat kah hari ini?
saya rindu awak.

rase mcm nk menari2 je.

haihuihoihei.

hehe, emosi agak tak stabil pada awal pagi tadi.
tapi kini rasa seperti mahu menari2 pula,
kenapa ya?

oh mungkin sebab kelas dibatalkan kut pagi tadi?
hehe,
mungkin.
:)

tapi yang sebenarnya saya gembira sebab tidak perlu membuat presentation pada petang ini di makmal.
yahuu~
:)

tak bersedia, macam mana saya nk bentangkan apa yang perlu?
fuh, sangat lega.
kelas tamat pada pukul 10.15pagi, dan hanya akan disambung pada pukul 5petang nanti.

jadi saya ada banyak masa untuk tidur.
hehe, ye.
itu memang hobi saya,
tidur.

jadi, mari kita merehat2 kan diri!
hehe,
papai.
katil dah memanggil2 saya.

:)

kuat. dengar sini~

kalau keluarga kamu bermasalah,
jangan sesekali gunakan itu sebagai alasan untuk kamu hancur.
saya ulang, JANGAN.

sebab jikalau itu alasan yang kamu guna,
kamu tolol.
tahu?
TOLOL.

ibu kamu mungkin susah di masa itu,
tapi cuba kamu fikir,
di waktu susah sperti itu,
adakah ibu kamu akan bertambah bahagia melihat kamu hancur?
bahagia kah hati ibu kamu wahai sayang?
tidak.
ibu kamu pasti akan bertambah derita kerana memikirkan dirinya gagal mendidik anak2 kerana masalah yang berpunca dari dirinya sendiri.

jadi apa yang kamu dapat wahai sayang?
buat ibu kamu tertekan dan bertambah derita?
begitukah wahai sayang?

kerana itu saya kata kamu tolol,
jika itu yang kamu lakukan.

kamu seharusnya kuat,
lebih kuat dari ibu kamu yang ketika itu begitu susah hatinya memikirkan perihal nasib anak2,
memikirkan makan pakai anak2 nya.
kamu harus lebih kuat wahai sayang.

tunjuk dan buktikan pada saudara mara, pada rakan-rakan, pada orang ramai,
"mungkin bapa ku tidak seperti bapa orang lain, tapi aku tidak. aku lebih dari orang lain, kerana aku dididik oleh ibuku. aku tidak seperti bapaku!"

kamu seharusnya begitu wahai sayang.
harus begitu.
tapi jangan disalah anggap kata2 ku itu.
bukan maksud ku untuk kamu tidak mengaku bapa kamu itu bapa kamu.
itu kenyataan wahai sayang.
bapa, tetap bapa kamu.
walau seteruk mana, itu tetap bapa kamu.
yang mana perlu kamu hormat dan mencium tangannya setiap kali kamu keluar dari rumah,
yang perlu kamu jaga tutur kata apabila berbicara dengannya,
yang kamu perlu jaga nada suara kamu bila berbahasa dengannya.
ingat itu.

apa yang aku cuba katakan dalam entri kali ini adalah,
kamu harus jadi lebih baik apabila mempunyai kehidupan yang tidak seperti orang lain.
kerana jikalau tidak,
kamu itu tidak kurang seperti bapa mu itu.
:)

bersyukur lah dengan apa yang kamu ada wahai sayang-sayang di luar sana.

kamu ada keluarga yang lengkap?
sebab saya tak ada.

jadi kenapa kamu tak tahu bersyukur?
rugi lah hidup kamu kalau begitu.
rugi.

kamu ada berdepan dengan konflik keluarga seawal usia 8tahun?
sebab saya ada.

jadi kenapa kamu masih tak tahu bersyukur?
memang hidup kamu rugi kalau masih begitu.
sangat rugi.

kamu pernah diejek oleh kawan-kawan seawal usia 8tahun disebabkan oleh masalah keluarga?
sebab saya ada.
seawal usia itu saya diejek kerana masalah keluarga saya.
saya dipulaukan kawan2 kerana masalah keluarga saya itu.

saudara mara mula memandang serong.
melihat ibu saya menangis menerima kecaman yang bagi saya terlalu kejam untuk ibu yang sempurna.
terlalu mengguris perasaan saya ketika itu.
siapa kata kanak-kanak kecil seawal usia 8tahun itu tak mengerti erti kesedihan dan kesusahan apabila melihat ibunya menderita sedemikian rupa?
saya tahu, saya rasa.
ibu saya terpaksa bersusah-susah semata untuk membesarkan kami 4beradik.
saya turut rasa susah, ibu.


*to be contiue, sebab mata dah mule berair. heh :)

awak.

awak.
semalam birthday awak.
saya rindu awak, awak jauh.
siapa nak teman saya di melaka ni?

haih.
takpe, saya kuat :)
*tibe2 bergenang airmata

kita boleh bertahan selama 4tahun,
tak mustahil kita tak boleh bertahan lagi bukan?
saya nak bersama dengan awak lagi 40tahun
:)

awak,
saya sayangkan awak,
tahu?

saya memang suka marah2, tapi awak pun tahu hidup saya kan huru-hara,
harap2 awak paham ye?
:)

awak2.
haih
:)

intro.

hai.

saya baru mula ber-blogging.
terlalu lambat kah?
ah, saya tak kisah pun.
:)

um.
untuk intro.
i would prefer to talk bout myself.


peribadi diri,

nama diberi siti nuratiqah bt md nordin.
kelahiran di sambut di kuala lumpur.
usia sehingga hari ini 20tahun.
ibubapa saya encik md nordin b. abd ghani, dan ibu saya puan hasbah bt omar.
adik-beradik saya semua lelaki, saya seorang sahaja anak perempuan :)

haih.
nak cerita apa lagi ye?
itu je rasanya.

nanti saya akan cerita lagi banyak pasal diri saya dalam entri yang berikut2 nya.
masa masih banyak lagi bukan?
sabar.
:)

*ade ke org nk bace blog aku neh? haih, perasaan. hehe :)