Friday, February 13, 2009

aktiviti yang sangat berfaedah pada hari hujung minggu yang lepas (Part 3).

*continue from part 2...

Kami bertolak dari rumah cik fara menuju semula ke Melaka pada pagi Ahad itu.
Lebih kurang pukul 8.45pagi, dan tiba pada pukul 10pagi.
Kami agak rushing sebenarnya apabila bertolak pada pagi itu,
kerana saya sudah berjanji untuk menjemput kawan saya di hostel pada pukul 11pagi.
Tak sangka awal pula kami tiba,
dan yang paling bestnya,
kawan saya cakap tak jadi untuk ikut pula.
Haih,
saya penat rushing tahu?
Tapi takpa, sebab saya ke hostel pun untuk bersiap2.

Jadi selepas itu,
kami pun terus menuju ke tempat makan untuk makan tengahari (walaupun jam baru menunjukkan pukul 11lbih).
Kami menuju je Ayer Keroh,
dan encik awak saya mencadangkan supaya kami makan di Taman Mini Asean,
jadi saya pun bersetuju dan terus bergerak ke situ.
Bila singgah di Melaka, Asam pedas Melaka sudah semestinya menjadi lauk utama bukan?
Jadi saya pun mencadangkan lah lauk itu kepada encik awak saya.
Memang sedap asam pedas di kedai makcik itu.
Setelah selesai makan, kami yang agak keletihan berjalan sehari suntuk semalaman,
berasa lebih baik untuk hanya melepak di tasik berhampiran dengan Zoo Melaka.
Jadi kami melepak disitu sehingga bosan.
Kemudian menuju ke MBO Melaka (berhadapan dengan Jusco Ayer Keroh) untuk,
karaoke~
Auwwshumm.
Hehe, dapat dengar suara sedap encik awak kesayangan saya tu lagi.
Yepiyepiyayaa~
:)

Setelah itu, kami menuju ke Jusco pula,
sekadar berjalan2.

Oh ya, disebabkan Melaka ini kecil sahaja negerinya,
kami sering menghadapi masalah memikirkan ke mana lagi hendak di tuju untuk bersiar2.
Hehe,
time ni juga lah kami akan bermasam muka selama beberapa minit (saya lah yang selalu macam tu, hehe :)).
Kesian encik awak kesayangan saya itu,
nasib lah dia seorang yang sangat penyabar.
ai lap yu lah b~
:)

Jadi kami membuat keputusan pergi semula ke tasik untuk melepak2 dan menikmati angin tasik yang seronok untuk dirasai pada lewat petang2 begini.
Hehe,
terutamanya abang kacak yang pakai baju zero tu.
Sedang melepak2 tu,
dia tengok ada sepasang suami isteri sedang berkelah,
dimana si isteri sedang berjaga seorang diri,
dan si suami sedang sedap tidur.
Dan encik awak saya tu dengan pantas berkata,
"sayang, nanti kahwin b nak macam tu lah. Sayang kene jaga b tidur tau, tengok2 kalau ada nyamuk ke, kerengga ke jalan2 kat b." (muka tersengih2 mengharap perkataan 'ya' dari saya)
Jadi saya dengan muka pelik menjawab,
"ah, taknak. Ada pulak ajak pergi berkelah, tapi sedap tidur. Tolak b masuk tasik baru tau. Nanti kalau ada kerengga ke, owg biar je dia geget b, hehe." (sambil membuat muka annoying)
Encik awak saya senyum je.
Hehe.
:)

Selepas itu sebelum maghrib kami pun bertolak.
Menuju ke Alor Gajah untuk makan malam (sebab si dia akan tunggu bas di stesen bas alor gajah).
Kami makan2 di Hanif's Corner,
chocolate ice blended die auwwsuum~
Hehe :)
Lebih kurang pukul 9lbih,
kami bergerak ke stesen bas.
Kemudian saya sempat menulis kad harijadi untuk encik awak saya tu.
Hehe, instant punya wishes.
Kemudian setelah hampir pukul 10.25mlm,
saya pun meninggalkan stesen bas (sebab limit masuk hostel hanya sampai pukul 11mlm),
bas encik awak saya itu pun akan tiba pada pukul 10.45mlm,
jadi tak lah lama sangat ia tunggu di situ sorang2 (berat sangat nak tinggalkan dia, sorang2 pulak tu).
Saya sampai di hostel pada pukul 10.40mlm, dan menelefon encik awak saya tu,
dia sudah pun menaiki bas (lega hati sikit).

Saya mandi2 kemudian terus tertidur tanpa sedarkan diri.
Hehe,
penat sangat.
Esoknya kelas mula pukul 8pagi pulak tu.

So itu lah cerita yang saya dapat kongsikan pasal hari minggu yang lepas.
Sangat seronok!
Sayang, i lebiu sangat.
Hepy besday budak comot~
Hehe, sayang dia.
:)

No comments:

Post a Comment