Ibu,
seorang yang mulia hatinya.
Walaupun pada hakikatnya aku tidak berapa rapat dengan ibuku.
Mungkin pada tanggapan aku,
die seorang yang keras dan kasar nada nya bila berbahasa.
Mungkin,
mungkin juga kerana aku merasa bahwasa aku seorang anak yang tidak berapa digemarinya.
Orang selalu berkata,
"eh, yu anak tunggal perempuan dalam famili kan? mesti manja.ibu mesti selalu layan kamu dengan penuh kasih sayang. kan?"
Ingin aku betulkan disini.
Itu salah dan tidak benar sama sekali.
Aku jarang dimanjakan, jauh sekali di beri kasih sayang sepanjang masa.
Mungkin kerana aku seorang yang lebih senang bersendiri, lebih senang memendam perasaan yang sesak untuk aku sendiri.
Tanpa perlu menghebah2 kan pada adik beradik, kawan2 dan lebih2 lagi pada ibu aku.
Atau mungkin ibu aku yang tidak pernah mengambil inisiatif untuk menunjukkan bahwasanya dia mengambil berat mengenai diri aku?
Itu Tuhan yang Maha Mengetahui.
Aku bersyukur walaubagaimanapun.
Kerana aku bukannya seorang yang mudah berkecil hati dengan sikap ibuku.
Melainkan pada masa2 yang tertentu,
seperti abangku selalu dilebih2kan dengan terang2-an.
Mungkin itu aku akan terasa dan berkecil hati sedikit.
Kerana aku juga manusia biasa, bukan?
:)
Tetapi jikalau bukan kerana ibuku yang satu itu,
mungkin kami adik beradik sudah hidup merempat.
Kerana ibuku lah yang bertindak sebagai ibu dan juga bapa kami 4beradik.
Oleh itu,
aku lebih senang mengambil tindakan,
melupakan apa yang kurang enak untuk aku ingatkan mengenai ibuku,
dan selalu kenang2 kan jasa nya yang selama ini yang tak termampu untuk aku balaskan.
Dari sejak aku menumpang didalam rahimnya,
sehinggalah saat dia bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia,
dan bersusah payah membela aku selama 20tahun sehingga ke hari ini.
Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu.
:)
No comments:
Post a Comment