kalau keluarga kamu bermasalah,
jangan sesekali gunakan itu sebagai alasan untuk kamu hancur.
saya ulang, JANGAN.
sebab jikalau itu alasan yang kamu guna,
kamu tolol.
tahu?
TOLOL.
ibu kamu mungkin susah di masa itu,
tapi cuba kamu fikir,
di waktu susah sperti itu,
adakah ibu kamu akan bertambah bahagia melihat kamu hancur?
bahagia kah hati ibu kamu wahai sayang?
tidak.
ibu kamu pasti akan bertambah derita kerana memikirkan dirinya gagal mendidik anak2 kerana masalah yang berpunca dari dirinya sendiri.
jadi apa yang kamu dapat wahai sayang?
buat ibu kamu tertekan dan bertambah derita?
begitukah wahai sayang?
kerana itu saya kata kamu tolol,
jika itu yang kamu lakukan.
kamu seharusnya kuat,
lebih kuat dari ibu kamu yang ketika itu begitu susah hatinya memikirkan perihal nasib anak2,
memikirkan makan pakai anak2 nya.
kamu harus lebih kuat wahai sayang.
tunjuk dan buktikan pada saudara mara, pada rakan-rakan, pada orang ramai,
"mungkin bapa ku tidak seperti bapa orang lain, tapi aku tidak. aku lebih dari orang lain, kerana aku dididik oleh ibuku. aku tidak seperti bapaku!"
kamu seharusnya begitu wahai sayang.
harus begitu.
tapi jangan disalah anggap kata2 ku itu.
bukan maksud ku untuk kamu tidak mengaku bapa kamu itu bapa kamu.
itu kenyataan wahai sayang.
bapa, tetap bapa kamu.
walau seteruk mana, itu tetap bapa kamu.
yang mana perlu kamu hormat dan mencium tangannya setiap kali kamu keluar dari rumah,
yang perlu kamu jaga tutur kata apabila berbicara dengannya,
yang kamu perlu jaga nada suara kamu bila berbahasa dengannya.
ingat itu.
apa yang aku cuba katakan dalam entri kali ini adalah,
kamu harus jadi lebih baik apabila mempunyai kehidupan yang tidak seperti orang lain.
kerana jikalau tidak,
kamu itu tidak kurang seperti bapa mu itu.
:)
No comments:
Post a Comment