Monday, February 9, 2009

bersyukur lah dengan apa yang kamu ada wahai sayang-sayang di luar sana.

kamu ada keluarga yang lengkap?
sebab saya tak ada.

jadi kenapa kamu tak tahu bersyukur?
rugi lah hidup kamu kalau begitu.
rugi.

kamu ada berdepan dengan konflik keluarga seawal usia 8tahun?
sebab saya ada.

jadi kenapa kamu masih tak tahu bersyukur?
memang hidup kamu rugi kalau masih begitu.
sangat rugi.

kamu pernah diejek oleh kawan-kawan seawal usia 8tahun disebabkan oleh masalah keluarga?
sebab saya ada.
seawal usia itu saya diejek kerana masalah keluarga saya.
saya dipulaukan kawan2 kerana masalah keluarga saya itu.

saudara mara mula memandang serong.
melihat ibu saya menangis menerima kecaman yang bagi saya terlalu kejam untuk ibu yang sempurna.
terlalu mengguris perasaan saya ketika itu.
siapa kata kanak-kanak kecil seawal usia 8tahun itu tak mengerti erti kesedihan dan kesusahan apabila melihat ibunya menderita sedemikian rupa?
saya tahu, saya rasa.
ibu saya terpaksa bersusah-susah semata untuk membesarkan kami 4beradik.
saya turut rasa susah, ibu.


*to be contiue, sebab mata dah mule berair. heh :)

No comments:

Post a Comment