*continue from part 1...
Lepas itu kami pun segera bertolak ke bandaraya Melaka.
Sampai Mahkota Parade, pusing2 lepak2.
Then pergi makan di McD.
Lama tak makan disitu, nak2 pula ada Prosperity Burger,
auuwshum~
hehe.
Lepas dah makan, kami pergi ke seberang jalan pula iaitu ke Dataran Pahlawan.
Jalan2 pusing2, then pergi karaoke.
Nyam2~
Seronok karaoke dengan encik awak saya,
sebab suara dia sedap.
Siyesli.
Hehe :)
Lpas karaoke, kami lepak minum di foodcourt di luar Dataran Pahlawan,
yang berhadapan dengan Kota A' Famosa tu.
Kemudian, setelah puas memujuk encik awak saya tu berjalan kaki ke Bangunan Merah dan Stadium Samudera,
kami pada mulanya bercadang nak cuba menaiki Melaka River Cruise.
Tetapi akibat bau sungai Melaka yang saya amatlah tidak tertahan baunya (muka saya biru2 tau tahan nak termuntah),
maka encik awak saya yang bertimbang rasa tu pon mencadangkan supaya membatalkan saja hasrat kami itu ( i sayang u lah sayang~ :)).
next time ok sayang? i promise i tutup hidung masa nak naik bot tu nanti,
hehe :)
Jadi kami pun berjalan2 lah ke pinggir persiaran Melaka river cruise itu,
kerana pada masa ini terdapat satu pesta tanglung di adakan.
Cantik sungguh tanglung2 di situ.
Tanglung2 di situ direka berdasarkan senibina2 yang terdapat di Melaka.
Sayang nya saya terlupa untuk membawa kamera,
maka yang ada hanya lah kamera handphone saya yang 1.3megapiksel itu sahaja.
Such a waste~
:(
Jadi kami cuba lah mengambil beberapa gamba yang mampu menggunakan kamera handphone saya itu.
Setelah puas bergambar disitu,
kami pun mula bergerak untuk mencari tempat makan malam pula
Kami mengambil keputusan untuk makan malam di Port Dickson,
sebab nak makan dekat tepi laut.
Setelah kenyang makan makanan yang lazat2 (kire ok la tu),
encik awak saya tu buat majik pula.
Die mengajak saya pergi ke rumah kawan nya di...
Bukit Jalil!
Majik bukan?
Daripada Melaka, pergi ke Port Dickson, hendak ke bukit jalil.
Tetapi disebabkan sayang dan tak sanggup tengok muka comel dia tu,
maka saya pun kata,
"orite, jum."
Jadi kami terus mencari bank untuk cucuk duit,
memandangkan kami hanya ada cukup2 sahaja untuk malam itu.
Namun setelah puas mencari,
bank2 yang ada kebanyakan nya telah tutup (limit sampai pukul 12pm sahaja bukan?),
maka kami pun gamble je pergi pada malam itu.
Alhamdulillah,
tanpa ada sebarang masalah,
kami selamat tiba di rumah kawan encik awak saya (cik fara nye rumah) di bukit jalil.
Saya mandi2 dan terus tidur,
walaupun ada banyak gangguan sewaktu saya mahu tidur pada malam itu (sounds creepy kan?).
hehe.
:)
*to be continue part 3...
auwww suwit nye korg... heheh ganguan eh? hehehe *tutup tinga takmau dengar*
ReplyDelete