Saturday, February 14, 2009

Memori yang paling manis dalam hidup saya.

Hai~
Hehe, tiba2 teringat plak cerita masa form3 dulu.
Dimana saya mula2 kenal dengan encik awak kesayangan saya tu.
:)

Masa tu saya bersekolah di kuala lumpur, tapi tinggal di asrama.
Disebabkan di asrama tak dibenarkan bawak henset,
so cara utama nak berhubung ialah melalui public phone.
Hehe, memang time tu public phone port saya.
Tiap2 petang saya akan telifon mama dan adik saya.
Tak lupa jugak, kawan yang saya rapat ketika itu (rapat ke? bole la),
mimin selebet.
Haha, kidding.

So saya akan telifon kawan saya tu time petang2.
Then 1 day, kawan saya bagitau kat saya,
"weh, ade kawan aku nak kenal dengan ko".
Saya yang sedia paham perangai dia yang sangat suka mengenakan orang, dengan selamba menjawab,
"ah, bla la ko. nak kenekan aku la tu",
die dengan bersungguh2 cuba untuk meyakinkan jugak saya ketika itu,
"la, aku tak tipu la. cpat la. dia nak knal ni. tolong la aku weh, tolong la miskol nombor dia ni."
Walaupun pada masa itu saya berasa sangat pelik kenapa dia beriya2 nak saya miskol kawan dia tu,
tapi saya tah mengapa, saya terus bersetuju tanpa memikirkan apa2 akibatnya.
"yelah2, ish. bak nombor dia."
Lalu dengan pantas dia bagi,
"hehe, ha macam tu lah. ni no dia 016-*******)

Selepas itu saya terus menelefon kawan dia tu.
Tapi tidak ada sesiapa yang menjawab.
Jadi saya pun mencuba sekali lagi pada waktu malam,
dan akhirnya ada yang menjawab.
"er, helo. ni polis ke? saya atiqa, kawan mimin. dia kata awak nak kenal?"
"owh, haah ni saya. nak kenal? mana ada, saya suruh kirim salam je kat awek2 k.l"
Pada masa ini, dapat tak awak bayangkan bertapa malunya saya kerana tergedik2 menelefon kawan mimin selebet itu?
"er. oh yeke. takpelah, sebab mimin yang suruh saya telefon awak."
Dan kawan mimin selebet itu pun berkata,
"oh, takpelah. tak kisah pun"

Sejak dari malam itu, kami mula berbalas2 sms,
dan asyik miskol2 satu sama lain.
Setiap hari.
Mungkin masing2 dah mula suka satu sama lain kut?
Mungkin.
Hehe :)

Dan simptom bermiskol2 satu sama lain itu berlarutan lebih berminggu2 lamanya sebelum 1 soalan 'cepumas' mula ditanyakan oleh kawan mimin selebet itu.
Saya yang pada mulanya menolak tawaran soalan 'cepumas' itu, akhirnya menerima kerana berfikir tidak ada salahnya untuk mencuba.
Hehe, gatal :)

Jadi kami mula berpasangan sebelum pernah jumpa,
tidak walaupun sekali.
Dan lebih kurang sebulan selepas itu, kami membuat keputusan untuk berjumpa. :)
Saya berasa sangat gabra kerana ini merupakan pertama kali kami akan berjumpa.
Dan saya adalah seorang yang sangat2 jarang berjumpa atau lebih tepat, berdating dengan mana2 bekas kekasih saya sebelum ini.
Jadi saya merasakan ini sesuatu yang sangat baru.

Sehari sebelum hari kami berjanji untuk jumpa,
saya tak boleh tidur malam.
Hehe, betul.
Saya tak boleh tidur kerana memikirkan apa yang patut saya pakai untuk date keesokkan hari, cara bagaimana harus saya bawa diri, dan macam2 lagi.
Dan oh ya, untuk 1st date saya ketika ini, saya mengajak sepupu saya untuk menemani saya kerana saya sangat takut.
Hehe, nasib lah sepupu kesayangan saya tu nak teman.
:)

Jadi pada 18disember2004,
saya pun pergi ke k.l untuk 1st date saya.
Saya pergi ke stesen bas Puduraya untuk berjumpa dengan kawan si mimin selebet tu.
1st time saya melihat orangnya, saya sangat takut.
Takut sehingga saya rasa seperti nak cabut lari balik rumah.
Hehe, tapi saya taklah sekejam itu.
Jadi saya pun memberanikan diri,
menghampiri si encik itu,
dan mula menegur dengan sopan,
"hai, ni elly yeh? saya atiqa."
Dan dia membalas sambil tersenyum,
"hai, a'ah saya elly."

Selepas itu kami pun bergerak ke Times Square.
Dan ketika itu, saya yang pada masa itu sangatlah kurang pengetahuan menaiki pengangkutan awam di k.l,
dengan bijak bestari,
telah mengajak si encik itu berjalan kaki pergi ke sana.
Haha! Kesian si encik itu, 1st date pun saya dah terbuli dia (tak sengaja ok??).
:)

Setibanya di situ,
kami terus pergi berjalan2.
Si encik itu pula berkata bahawa kawan dia akan datang untuk berjumpa dengannya,
beerti kawan nya akan join sekali kami ketika itu.
Selepas kawannya tiba (encik boi),
kami pun pergi makan2.
Selepas selesai makan,
kami berjalan2 sebentar,
kemudian mula untuk balik ke rumah.
Terasa sekejap saja kami berjumpa.
Haihh.
:)

Semasa saya hendak balik tu,
saya mencium tangan si encik itu.
Tah kenapa, saya berasa sangat seronok dan bahagia,
mungkin kerana mencium tangan seseorang itu membuat kita rasa hormat dan kasih kepada seseorang itu,
bukan?
Hehe,
dan selepas itu saya pun terus menaiki tren sambil melihat si encik itu pergi bersama kawannya.

Alhamdullilah, sehingga hari ini saya masih bersama dengan si encik sorang tu.
Saya rasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan si encik itu,
kerana dia sangat memahami saya.
Dan yang paling penting,
dia adalah seorang yang sangat penyabar orangnya.
Haih la awak,
saya beruntung dapat awak tau?
I lebiu b!
:)


ni lah gamba masa 1st date tu, hehe. :)

4 comments:

  1. muke lelaki metal bersama gadis ayu :) i lebiu!!!

    ReplyDelete
  2. beragas nye ko time nih elly... hahah sweet ah korg!

    ReplyDelete
  3. beragas tu ape eh?
    hehe,
    btw tengs cik fara.
    :)

    ReplyDelete