Tuesday, April 28, 2009

tawakal saja lah.

omg.
final examination is killing me~
baru 2paper,
tapi dah rasa sebal.
adoih..

taktau la macam mana pointer nanti.
semester ni dah cuba buat yang terbaik nak score,
tapi entahlah.

*dear my almighty god, may your bless will always be with me.

Sunday, April 26, 2009

Berbeza.

si perempuan merajuk,
si lelaki diam.
padanya mungkin si perempuan akan jadi lebih jadi sejuk.
tapi,
bukankah lumrah si perempuan akan lebih suka kalau dia dipujuk?
kerana, pada fikiran si perempuan kalau si lelaki diam,
mungkin dia sudah tidak sayang,
sudah tidak kisah.
bukan mengada-ada,
tetapi memang itu lumrahnya.

si perempuan mahu berjumpa lama,
si lelaki tidak.
kerana dia merasakan si perempuan itu mahu lebihkan masa pada pelajarannya.
kalau lah dia tahu,
si perempuan itu sanggup kurangkan masa belajarnya,
demi hanya mempunyai masa bersama yang lebih dengan si lelaki itu.
kerana bukankah si perempuan nafsunya 9, akalnya 1?
yang difikirkan perempuan itu adalah mahu bersama dengan si lelaki itu lebih lama,
dan bukannya peperiksaan yang lebih penting demi masa depannya.
jadi janganlah dimarah si perempuan yang akalnya 1 itu.
tidak adil bukan?
kerana kamu yang si lelaki akalnya 9, berbeza dengan si perempuan itu.

kalaulah kamu tahu,
betapa semua ini mampu membuatkan si perempuan itu calar hatinya pabila dituduh tidak mengerti, hanya tahu merajuk, marah dan segala macam kata.
:(

*saya mintak maaf awak, saya hanya pentingkan diri sendiri, ye saya tahu..

Sunday, April 19, 2009

kamu jauh.
saya mahu kamu dekat.

tapi saya tahu tak mungkin dapat,
takpelah.

saya tunggu lagi.

*rasa lain macam je malam ni..

penat nak berlagak kuat.

kadang2 rasa susah nak sabar.
penat sebenarnya jauh mcmni..
sebab saya bukannya kuat,
terpaksa berlagak kuat selama ni..

maaflah,
agak emosi sikit.
sebabnya,
tadi saya cuba untuk mengadu tentang sesak dalam hati,
tapi hanya di anggap biasa saja oleh si dia..
padahal mata dah rabak.

haih,
takpelah.
saya cuba untuk tidur.

selamat malam bulan bintang~

Saturday, April 18, 2009

bukan itu yg penting bg saya.

duit,
harta,
mahupun,
barang2 mewah.
itu x penting pun dalam hidup saya.

sebabnya,
yg saya pernah rasa..

duit boleh buat keluarga tunggang-langgang,
duit boleh buat seorang anak terpisah dengan ayah nya berkali2 dalam hidup,
duit boleh buat seorang ibu itu berkata dengan bahasa yang kesat kepada anaknya,
duit juga boleh buat pasangan yang bahagia jadi calar-balar cintanya.

btol, semua ni dari pengalaman hidup saya sendiri.
duit ni memang bahaya.

tapi,
walaupun duit ini bahaya,
kita perlukan duit.
untuk hidup.
maksud yang saya cuba katakan disini,
jika kita ada duit yang lebih dari yang sepatutnya,
beringat2 lah.

jangan takbur,
jangan riak dengan lebihan rezeki yang tuhan beri itu,
bersyukurlah.
tuhan boleh tarik rezeki kamu itu dalam sekelip mata sahaja,
kerana kamu hanya meminjam dari tuhan mu itu.

*p/s- awak jangan risau ye sayang? rezeki dari tuhan itu ada dimana2. cuma tuhan mahu uji sekejap saja. :) nanti2 tuhan pinjamkan juga rezeki itu untuk kamu. insyallah :)


Sunday, April 5, 2009

baru2.


hehe,
entri kali ini adalah untuk saja mengada.
:)

Thursday, April 2, 2009

sangat2 penat.

haih.
semester ni mmg penat.
sangat2~

agak tekanan dan tertekan.
minggu depan saya ade 5 test, 4 lab report to be submitted, and 3 assignments.
omg,
now tell me.
how am i suppose to handle my stress wisely?

i need some break,
please.