si perempuan merajuk,
si lelaki diam.
padanya mungkin si perempuan akan jadi lebih jadi sejuk.
tapi,
bukankah lumrah si perempuan akan lebih suka kalau dia dipujuk?
kerana, pada fikiran si perempuan kalau si lelaki diam,
mungkin dia sudah tidak sayang,
sudah tidak kisah.
bukan mengada-ada,
tetapi memang itu lumrahnya.
si perempuan mahu berjumpa lama,
si lelaki tidak.
kerana dia merasakan si perempuan itu mahu lebihkan masa pada pelajarannya.
kalau lah dia tahu,
si perempuan itu sanggup kurangkan masa belajarnya,
demi hanya mempunyai masa bersama yang lebih dengan si lelaki itu.
kerana bukankah si perempuan nafsunya 9, akalnya 1?
yang difikirkan perempuan itu adalah mahu bersama dengan si lelaki itu lebih lama,
dan bukannya peperiksaan yang lebih penting demi masa depannya.
jadi janganlah dimarah si perempuan yang akalnya 1 itu.
tidak adil bukan?
kerana kamu yang si lelaki akalnya 9, berbeza dengan si perempuan itu.
kalaulah kamu tahu,
betapa semua ini mampu membuatkan si perempuan itu calar hatinya pabila dituduh tidak mengerti, hanya tahu merajuk, marah dan segala macam kata.
:(
*saya mintak maaf awak, saya hanya pentingkan diri sendiri, ye saya tahu..
No comments:
Post a Comment